About Me

My photo
Saya seorang insan yang biasa yang selalu melakukan kesalahan secara sedar atau tidak. Semua yang baik datang daripada Allah dan semua yang buruk datang daripada saya.

Follow me at Twitter

Popular posts

Total Pageviews

Followers

Powered by Blogger.

Cara Mengatasi Mengantuk

18 February 2013
Posted by muhammad harif



Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan. Ada juga antara kita yang menyalahkan suasana bilik yang terlalu sejuk atau amat panas.Tidak kurang juga yang menuding jari pada guru, kononnya tidak bijak mencungkil minat untuk kita belajar. Apa pun alasan anda, masalah mengantuk ini mesti diatasi. Jika tidak, apa yang ditelaah pasti tidak diperoleh, sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat.

TIP UNTUK ANDA MENGATASI MENGANTUK:

1) Makan sekadar keperluan

Asalkan anda makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, insyaAllah sunnah Nabi ini bakal membantu sahabat-sahabat memberikan fokus terbaik ketika belajar. Sebagai peringatan, jangan ambil ASAM atau JERUK menjadi peneman anda dalam memerangi mengantuk.Walaupun anda rasa kurang mengantuk dengan adanya asam atau jeruk, anda sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir anda!

2 ) Jaga masa tidur

Allah menciptakan tidur untuk anda merehatkan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur,tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupu terkurang. Pelajar yang cemerlang tidur 6 hingga 8 jam sehari. Usah bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu, anda sebenarnya memerlukan rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat. Takut nanti anda bukan membaca buku ,tetapi sekadar melihat buku sahaja!

3) Tidur apabila terlalu mengantuk

Apabila anda mengantuk kerana terlalu kepenatan melakukan sesuatu , maka tidurlah sebelum anda duduk di meja studi. Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh,apa kata cuba kaedah ini. Anda tidur tapi tidak perlu untuk baring.Anda sekadar tidur menongkat dagu di meja studi.Pejam mata insyaAllah, apabila tangan anda sudah tidak mampu menongkat kepala,anda pasti “terganggu” dengan insiden itu.InsyaAllah insiden itu akan membuat mata anda kembali membulat seperti mata kucing. Tambahan pula apabila anda membuka mata , kelihatan buku yang banyak menimbun tingginya seperti menara KLCC, anda pasti akan kembali bersemangat untuk meneruskan misi anda!

4) Belajar dengan aktif

Dengan kata lain elakkan membaca dengan menggunakan mata. Oh jadi nak baca guna apa? telinga? mulut? hidung?. Gunakanlah mata untuk melihat,mulut untuk membaca dengan kuat,tangan untuk memcatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bagun sambil berjalan ketika anda dalam keadaan mood silent (hampir ingin melelapkan mata )InsyaAllah anda akan dapat mengatasi masalah mengantuk.

5) Berdoa

Berdoalah dan merayu kepada Allah agar anda diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa ganguan mengantuk. InsyaAllah,Allah pasti akan membantu anda dengan pelbagai cara.

SUMBER: MAJALAH GEN-Q

Jenis-jenis Permain Tradisional dan Penerangannya

17 February 2013
Posted by muhammad harif



Entri kali ni, saya nak tunjuk permainan-permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Saya rasa sayang bila permainan tradisonal di tak lagi dimainkan oleh generasi sekarang kerana kecanggihan dunia IT. Memang teknologi semakin hari semakin berkembang, tetapi janganlah dilupakan permainan tradisional yang menjadi warisan orang melayu ni. So, kali ni saya nak memperkenalkan permainan tradisional yang terdapat di Malaysia ni.

Layang-layang/Wau



Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan

Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai


Congkak


Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.


Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Ceper/Penutup Botol


Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir). Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Dam Aji


Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Gasing


Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa. Bagaimanapun ada juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak. Gasing kanak-kanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'. Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai peminatnya. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri.

Galah Panjang


Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan mendatar.


Ketingting/Teng Teng


Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak – tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.


Sorok-sorok


Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil dengan nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Namuin demikian, ada juga kumpulan kanak-kanak perempuan yang bermain sorok-sorok sesama mereka. Tujuan permainan ini adalalah untuk mencari pemain-pemain yang menyorokkan diri di sesuatu tempat.


Guli


Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.

Apa itu MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa)

15 February 2013
Posted by muhammad harif


Dalam entri kali ni, saya nak berkongsi tentang apa itu MDAB ataupun nama panjangnya "Mengubah Destini Anak Bangsa" ataupun Pra-Diploma. Banyak kelebihan program MDAB ni. Saya juga pelajar yang pernah menyertai program MDAB ni di Uitm Kuala Pilah, N9 dan sekarang saya belajar Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Segamat, Johor. So apa dia MDAB ni? Bagus sangat ke? Apa yang bagusnya program MDAB ni. Sebagai seorang pelajar yang pernah menyertai program MDAB ni saya nak cerita apa dia kelebihan pada program ni.

Sebelum saya bercerita, saya nak mengucap kan beribu terima kasih kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana sentiasa berusaha mencari jalan untuk membantu ramai pelajar bumiputera, terutamanya dari keluarga yang berpendapatan rendah di luar bandar untuk memasuki universiti lalu membuka jalan yang lebih luas pada pelajar bumiputera ni.

Kelebihan MDAB ni ialah, pihak UiTM memberikan peluang untuk menyambung ke peringkat menara gading bagi mereka yang tidak begitu mampu untuk menanggung kos pembelanjaan yang tinggi terutamanya di IPTS yang rata-ratanya mahal yurannya. Selain itu, yuran pengajian juga adalah PERCUMA. Pihak UiTM juga menyediakan asrama secara percuma dan yang paling best ialah alaun juga disediakan sebanyak RM400 sebulan dan tambahan RM50 pergi dan RM50 balik. So, jumlah keseluruhannya ialah RM 500. Untung kan. Dan dibawah ni adalah detail untuk menyertai program MDAB ataupun Pra-Diploma.

Kursus Yang Ditawarkan
-Pra Perdagangan
-Pra Sains

Syarat Memohon
-Pelajar miskin yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibu bapa kurang dari RM 2000 sebulan
-Sihat tubuh badan, tidak mempunyai penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus
-Bumiputera Warganegara Malaysia
-Lepasan SPM dari tahun 2006 dan keatas

Syarat Am dan Khas Program
-Pengajian adalah 6 Bulan/ 1 Semestar
-Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahada Melayu dan lulus matematik/matematik tambahan/sains
-Lulus Bahasa Inggeris

Selepas Tamat Pengajian Serta Lulus Baik Taraf (LNT) Layak Diserapkan ke Program Diploma:

Pra Perdagangan
1. Diploma Pengajian Perniagaan
2. Diploma  Perbangkan
3. Diploma Perakaunan
4. Diploma Pengurusan Maklumat
5. Diploma Pengurusan Hotel
6. Diploma Pengurusan Pejabat
7. Diploma Seni Lukis dan Senireka
8. Diploma Pentadbiran Awam

Pra Sains
1. Diploma Mekanikal
2. Diploma Kejuruteraan Awam
3. Diploma Kejuruteraan Elekrik
4. Diploma Bangunan

Bagaimana Untuk Memohon

Boleh mendapatkan borang permohonan di:
PEJABAT PENGURUSAN MDAB, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
Tel: 03-55437966/7967/ 03-55211306 atau fax ke : 03-55437967

Ataupun secara online:

http://www.online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD


Makanan Yang Membuatkan Kita Lupa

12 February 2013
Posted by muhammad harif



Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita makan atau minum. Kita tak tahu sama ada bersih atau kotor, sihat atau tak. 
Kita juga tak tahu kadang kala makanan yang kita makan tu boleh buat kita jadi lupa. Dan kali ni saya nak berkongsi makanan apa yang boleh buat kita jadi seorang pelupa. Ini adalah petua-petua daripada orang melayu lama. So kita boleh elakkan makanan-makanan dalam list kat bawah ni.     

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anda Menjadi Pelupa

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Source: http://anizyn.blogspot.com/2013/01/makanan-yang-boleh-buat-jadi-pelupa.html#ixzz2LZ7AuGIf

Cara-cara Untuk Mengelakkan Lupa

10 February 2013
Posted by muhammad harif



Selalunya keadaan pelupa ni terjadi pada orang yang dah tua dan selalunya selepas mencapai umur 65 tahun. Tapi keadaan pelupa ini juga boleh terjadi di usia muda. Sebagai contoh, saya juga seeorang yang pelupa. Susah juga jadi pelupa ni. Kadang-kadang kita lupa nak ambil apa bila sampai ke tempat yang kita nak, contohnya bila kita nak ambil sesuatu kat freezer, tapi bila dah sampai kita lupa apa yang kita nak. Kadang-kadang kita lupa apa yang kita nak cakap. Pelupa ni boleh buat orang jadi kurang yakin dengan diri sendiri. Jadi saya pun buat research sikit tips2 atau cara-cara untuk kurangkan penyakit pelupa ni. So inilah cara atau petua dari ulama mengubati pelupa atau mengelakkan dari jadi pelupa. So tengoklah kat bawah ni.


1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal.
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur.
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut .
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari.
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy ).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan juga jadi makin sihat, akal jadi lebih tenang dan umur pun panjang. So tak payahlah nak beli supplement yang mungkin ada side effectnya. So selamat mencuba :D

Sehari Di Muar (Muo)

7 February 2013
Posted by muhammad harif


Apa yang ada kat muar ni? Semua pakai baju merah ni ada apa? Tunjuk perasaan ke? Tak-tak! jauh sekali. Sebenarnya kat muar ni ada dilangsungkan program yang diberi nama My Beautiful Malaysia Days yang dianjurkan oleh 1 Malaysia For Youth (1M4U). Dengar kata seramai 20,000 belia termasuk 8,000 Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berkumpul kat Stadium Sultan Ibrahim, Johor ni.



Pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Johor ni telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan perasmiaan program ini beliau menyatakan sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan di bawah dana sukarela 1Malaysia dan tahun 2013 juga telah diiktiraf sebagai tahun sukarelawan negara.


Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung. Contohnya mengecat kaunter tiket stadium dan menanam pokok bersama sukarelawan. Senamtari juga turut diadakan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis pelancaran.  Antaranya mengecat kaunter tiket stadium dan menanam pokok bersama sukarelawan.  Senamtari juga turut diadakan.  Hadir sama ke majlis tersebut adalah isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.





Selepas itu, saya bersama bersama beberapa kawan pergi ke bando muo (bandar muar,hahaha)untuk breakfast dan yang paling menarik kat bando muo ni. Diorang breakfast makan satay. Haa, pagi-pagi makan satay, yeke? Iyelah, orang selalu makan satay waktu malam tapi tak kt muar ni. Itulah keistimewaan muar ni. Selain tu, kitorang makan Mee Rebus dan Mee Rebus ni rasanya macam Mee Jawa kat selangor ni. Maybe lain tempat lain nama kot. Ada beberapa gambar kat bawah ni. Tengoklah, hehe...

Abang satay kita ni bertungkus lumus bakar satay, haha

Kitorang mintak satay campur, so dorang bagi satay ayam dengan satay daging. 

Sedap tau makan satay pagi2 ni..

Air kuning tu namanya Bumblebee..sedap gak
 Pada tengahhari pula, kami diberikan KFC sebagai makanan tengahari, woaaaaa....Kira banyak gak laa yang dorang bagi. Mula-mula dapat sarapan, lepas tu baju dan topi, alaun RM15 dan KFC. Rasa macam datang jalan-jalan pulak. Anyways, ni dia gambar-gambar yang lain.







Sukan Information Management (SUKIM)

5 February 2013
Posted by muhammad harif


Pada (19-20/01/2013), pihak Information Management Society (IMS) telah membuat satu kejohanan sukan iaitu SUKIM ataupun Sukan Information Management. Ada 4 jenis permainan yang dipertandingkan di kejohanan sukan ini. Antara sukan yang dipertandingkan ialah:

1) Bola Sepak (lelaki)
2) Bola Tampar (lelaki)
3) Bola Jaring (perempuan)
4) Futsal (perempuan)

Haa, mesti korang pelik kan futsal untuk perempuan. Kenapa bukan untuk lelaki. Sebenarnya penasihat kami yang telah memilih segala sukan yang akan dipertandingkan. Kami cuma menjalankan jer program ni. Anyways, segala aktiviti yang berlangsung pada hari itu berjalan dengan lancar kecuali Bola Tampar. Kenapa ye? Sebab cuma ada dua team jer yang hantar wakil. So kira terus masuk final la ni. Team yang pertama ialah team saya iaitu team part 3 dan team yang kedua ialah team part 1.

Nak dijadikan cerita, time game nak start tu, team part 1 tak datang pulak. So kira team saya ni menang tanpa bertanding laa. Selain itu, team bola sepak dapat tempat ke-2 dan team futsal dapat tempat ke-3. So, piala SUKIM pada kali ini dipegang oleh batch saya iaitu part 3. Jadi, akhir kata dari saya, majulah sukan untuk Diim :)