About Me

My photo
Saya seorang insan yang biasa yang selalu melakukan kesalahan secara sedar atau tidak. Semua yang baik datang daripada Allah dan semua yang buruk datang daripada saya.

Follow me at Twitter

Popular posts

Total Pageviews

Followers

Powered by Blogger.
muhammad harif On 18 February 2013




Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan. Ada juga antara kita yang menyalahkan suasana bilik yang terlalu sejuk atau amat panas.Tidak kurang juga yang menuding jari pada guru, kononnya tidak bijak mencungkil minat untuk kita belajar. Apa pun alasan anda, masalah mengantuk ini mesti diatasi. Jika tidak, apa yang ditelaah pasti tidak diperoleh, sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat.

TIP UNTUK ANDA MENGATASI MENGANTUK:

1) Makan sekadar keperluan

Asalkan anda makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, insyaAllah sunnah Nabi ini bakal membantu sahabat-sahabat memberikan fokus terbaik ketika belajar. Sebagai peringatan, jangan ambil ASAM atau JERUK menjadi peneman anda dalam memerangi mengantuk.Walaupun anda rasa kurang mengantuk dengan adanya asam atau jeruk, anda sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir anda!

2 ) Jaga masa tidur

Allah menciptakan tidur untuk anda merehatkan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur,tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupu terkurang. Pelajar yang cemerlang tidur 6 hingga 8 jam sehari. Usah bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu, anda sebenarnya memerlukan rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat. Takut nanti anda bukan membaca buku ,tetapi sekadar melihat buku sahaja!

3) Tidur apabila terlalu mengantuk

Apabila anda mengantuk kerana terlalu kepenatan melakukan sesuatu , maka tidurlah sebelum anda duduk di meja studi. Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh,apa kata cuba kaedah ini. Anda tidur tapi tidak perlu untuk baring.Anda sekadar tidur menongkat dagu di meja studi.Pejam mata insyaAllah, apabila tangan anda sudah tidak mampu menongkat kepala,anda pasti “terganggu” dengan insiden itu.InsyaAllah insiden itu akan membuat mata anda kembali membulat seperti mata kucing. Tambahan pula apabila anda membuka mata , kelihatan buku yang banyak menimbun tingginya seperti menara KLCC, anda pasti akan kembali bersemangat untuk meneruskan misi anda!

4) Belajar dengan aktif

Dengan kata lain elakkan membaca dengan menggunakan mata. Oh jadi nak baca guna apa? telinga? mulut? hidung?. Gunakanlah mata untuk melihat,mulut untuk membaca dengan kuat,tangan untuk memcatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bagun sambil berjalan ketika anda dalam keadaan mood silent (hampir ingin melelapkan mata )InsyaAllah anda akan dapat mengatasi masalah mengantuk.

5) Berdoa

Berdoalah dan merayu kepada Allah agar anda diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa ganguan mengantuk. InsyaAllah,Allah pasti akan membantu anda dengan pelbagai cara.

SUMBER: MAJALAH GEN-Q

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments