About Me

My photo
Saya seorang insan yang biasa yang selalu melakukan kesalahan secara sedar atau tidak. Semua yang baik datang daripada Allah dan semua yang buruk datang daripada saya.

Follow me at Twitter

Popular posts

Total Pageviews

Followers

Powered by Blogger.
muhammad harif On 7 February 2013



Apa yang ada kat muar ni? Semua pakai baju merah ni ada apa? Tunjuk perasaan ke? Tak-tak! jauh sekali. Sebenarnya kat muar ni ada dilangsungkan program yang diberi nama My Beautiful Malaysia Days yang dianjurkan oleh 1 Malaysia For Youth (1M4U). Dengar kata seramai 20,000 belia termasuk 8,000 Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berkumpul kat Stadium Sultan Ibrahim, Johor ni.



Pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Johor ni telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan perasmiaan program ini beliau menyatakan sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan di bawah dana sukarela 1Malaysia dan tahun 2013 juga telah diiktiraf sebagai tahun sukarelawan negara.


Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung. Contohnya mengecat kaunter tiket stadium dan menanam pokok bersama sukarelawan. Senamtari juga turut diadakan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis pelancaran.  Antaranya mengecat kaunter tiket stadium dan menanam pokok bersama sukarelawan.  Senamtari juga turut diadakan.  Hadir sama ke majlis tersebut adalah isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.





Selepas itu, saya bersama bersama beberapa kawan pergi ke bando muo (bandar muar,hahaha)untuk breakfast dan yang paling menarik kat bando muo ni. Diorang breakfast makan satay. Haa, pagi-pagi makan satay, yeke? Iyelah, orang selalu makan satay waktu malam tapi tak kt muar ni. Itulah keistimewaan muar ni. Selain tu, kitorang makan Mee Rebus dan Mee Rebus ni rasanya macam Mee Jawa kat selangor ni. Maybe lain tempat lain nama kot. Ada beberapa gambar kat bawah ni. Tengoklah, hehe...

Abang satay kita ni bertungkus lumus bakar satay, haha

Kitorang mintak satay campur, so dorang bagi satay ayam dengan satay daging. 

Sedap tau makan satay pagi2 ni..

Air kuning tu namanya Bumblebee..sedap gak
 Pada tengahhari pula, kami diberikan KFC sebagai makanan tengahari, woaaaaa....Kira banyak gak laa yang dorang bagi. Mula-mula dapat sarapan, lepas tu baju dan topi, alaun RM15 dan KFC. Rasa macam datang jalan-jalan pulak. Anyways, ni dia gambar-gambar yang lain.







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments