About Me

My photo
Saya seorang insan yang biasa yang selalu melakukan kesalahan secara sedar atau tidak. Semua yang baik datang daripada Allah dan semua yang buruk datang daripada saya.

Follow me at Twitter

Popular posts

Total Pageviews

Followers

Powered by Blogger.
muhammad harif On 31 January 2013

Bersama ibu tercinta <3


Kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang diri saya. Siapa saya? Saya hanyalah seorang yang biasa tetapi ingin menjadi luarbiasa, hahaha XD. Saya membesar di kampung yang bernama Kampung Sungai Lang Tengah yang terletak di Banting, Selangor. Saya seorang yang pemalu tetapi bila saya dah anggap seseorang itu sebagai kawan, mungkin sayalah yang paling peramah. Saya suka usik2 orang, kacau sana sini. Kira saya tak suka duduk diam lah, hahaha XD. Selain itu, saya juga suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Lebih2 lagi sesuatu yang menarik minat saya seperti aktiviti2 yang lasak seperti paintball, berkayak, jungle tracking, flying fox, memanah, abseiling dll.

Sekarang ni saya belajar di sebuah universiti yang tak asing lagi iaitu Universiti Teknologi Mara atau lebih glamournya UiTM. Saya pernah belajar di UiTM Kuala Pilah, N9 dalam course Pra-diploma dan sekarang saya mengambil course Diploma in Information Management(DIIM) atau pun Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Segamat, Johor. Sekarang dah masuk semester yang ke-3 ataupun part 3. Selain itu, saya juga adalah salah seorang dari ahli jawatan kuasa Fakulti Pengurusan Maklumat ataupun lebih dikenali sebagai Information Management Society (IMS). Saya memegang jawatan sebagai Exco Perhubungan dan Kebajikan. Memang seronok bila menjadi exco ni, kita dapat banyak pengalaman baru dan lebih dekat dengan lecturer dan pihak uitm sendiri.


Kenapa saya buat blog. Ada dua sebab, tapi satu lagi sebab ni laa yang mendorong saya untuk buat blog ni. Nak tahu kenapa? Sebenarnya dah lama saya nak buat untuk berkongsi segala idea dan pengalaman hidup saya tetapi rasa malu itu cuba menghalang. Satu lagi sebab ialah assignment. Haa, assignment? Apa kena mengena dengan assignment pula ni? Sebenarnya salah satu subjek untuk part 3 ialah IMD208-Introduction to Web Content and Management. Haa, ini la pendorong saya dan secara tidak langsung untuk menghasilkan sebuah blog peribadi ini. Saya juga berterima kasih kepada semua yang menolong saya untuk menghasilkan blog ini terutamanya lecturer saya dan para sahabat saya. Akhir kata, semua orang ada pendirian dan alasan yang tersendiri untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, hormatilah pandangan atau pendirian seseorang itu. Terima kasih kerana sudi membaca entri yang panjang ni. Jumpa lagi :)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments