About Me

My photo
Saya seorang insan yang biasa yang selalu melakukan kesalahan secara sedar atau tidak. Semua yang baik datang daripada Allah dan semua yang buruk datang daripada saya.

Follow me at Twitter

Popular posts

Total Pageviews

Followers

Powered by Blogger.
muhammad harif On 15 February 2013



Dalam entri kali ni, saya nak berkongsi tentang apa itu MDAB ataupun nama panjangnya "Mengubah Destini Anak Bangsa" ataupun Pra-Diploma. Banyak kelebihan program MDAB ni. Saya juga pelajar yang pernah menyertai program MDAB ni di Uitm Kuala Pilah, N9 dan sekarang saya belajar Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Segamat, Johor. So apa dia MDAB ni? Bagus sangat ke? Apa yang bagusnya program MDAB ni. Sebagai seorang pelajar yang pernah menyertai program MDAB ni saya nak cerita apa dia kelebihan pada program ni.

Sebelum saya bercerita, saya nak mengucap kan beribu terima kasih kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana sentiasa berusaha mencari jalan untuk membantu ramai pelajar bumiputera, terutamanya dari keluarga yang berpendapatan rendah di luar bandar untuk memasuki universiti lalu membuka jalan yang lebih luas pada pelajar bumiputera ni.

Kelebihan MDAB ni ialah, pihak UiTM memberikan peluang untuk menyambung ke peringkat menara gading bagi mereka yang tidak begitu mampu untuk menanggung kos pembelanjaan yang tinggi terutamanya di IPTS yang rata-ratanya mahal yurannya. Selain itu, yuran pengajian juga adalah PERCUMA. Pihak UiTM juga menyediakan asrama secara percuma dan yang paling best ialah alaun juga disediakan sebanyak RM400 sebulan dan tambahan RM50 pergi dan RM50 balik. So, jumlah keseluruhannya ialah RM 500. Untung kan. Dan dibawah ni adalah detail untuk menyertai program MDAB ataupun Pra-Diploma.

Kursus Yang Ditawarkan
-Pra Perdagangan
-Pra Sains

Syarat Memohon
-Pelajar miskin yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibu bapa kurang dari RM 2000 sebulan
-Sihat tubuh badan, tidak mempunyai penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus
-Bumiputera Warganegara Malaysia
-Lepasan SPM dari tahun 2006 dan keatas

Syarat Am dan Khas Program
-Pengajian adalah 6 Bulan/ 1 Semestar
-Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahada Melayu dan lulus matematik/matematik tambahan/sains
-Lulus Bahasa Inggeris

Selepas Tamat Pengajian Serta Lulus Baik Taraf (LNT) Layak Diserapkan ke Program Diploma:

Pra Perdagangan
1. Diploma Pengajian Perniagaan
2. Diploma  Perbangkan
3. Diploma Perakaunan
4. Diploma Pengurusan Maklumat
5. Diploma Pengurusan Hotel
6. Diploma Pengurusan Pejabat
7. Diploma Seni Lukis dan Senireka
8. Diploma Pentadbiran Awam

Pra Sains
1. Diploma Mekanikal
2. Diploma Kejuruteraan Awam
3. Diploma Kejuruteraan Elekrik
4. Diploma Bangunan

Bagaimana Untuk Memohon

Boleh mendapatkan borang permohonan di:
PEJABAT PENGURUSAN MDAB, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
Tel: 03-55437966/7967/ 03-55211306 atau fax ke : 03-55437967

Ataupun secara online:

http://www.online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments