5 Fakta Percaya Atau Tidak!
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate and Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
Siapa saya?
| Bersama ibu tercinta <3 |
Kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang diri saya. Siapa saya? Saya hanyalah seorang yang biasa tetapi ingin menjadi luarbiasa, hahaha XD. Saya membesar di kampung yang bernama Kampung Sungai Lang Tengah yang terletak di Banting, Selangor. Saya seorang yang pemalu tetapi bila saya dah anggap seseorang itu sebagai kawan, mungkin sayalah yang paling peramah. Saya suka usik2 orang, kacau sana sini. Kira saya tak suka duduk diam lah, hahaha XD. Selain itu, saya juga suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Lebih2 lagi sesuatu yang menarik minat saya seperti aktiviti2 yang lasak seperti paintball, berkayak, jungle tracking, flying fox, memanah, abseiling dll.
Sekarang ni saya belajar di sebuah universiti yang tak asing lagi iaitu Universiti Teknologi Mara atau lebih glamournya UiTM. Saya pernah belajar di UiTM Kuala Pilah, N9 dalam course Pra-diploma dan sekarang saya mengambil course Diploma in Information Management(DIIM) atau pun Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Segamat, Johor. Sekarang dah masuk semester yang ke-3 ataupun part 3. Selain itu, saya juga adalah salah seorang dari ahli jawatan kuasa Fakulti Pengurusan Maklumat ataupun lebih dikenali sebagai Information Management Society (IMS). Saya memegang jawatan sebagai Exco Perhubungan dan Kebajikan. Memang seronok bila menjadi exco ni, kita dapat banyak pengalaman baru dan lebih dekat dengan lecturer dan pihak uitm sendiri.
Kenapa saya buat blog. Ada dua sebab, tapi satu lagi sebab ni laa yang mendorong saya untuk buat blog ni. Nak tahu kenapa? Sebenarnya dah lama saya nak buat untuk berkongsi segala idea dan pengalaman hidup saya tetapi rasa malu itu cuba menghalang. Satu lagi sebab ialah assignment. Haa, assignment? Apa kena mengena dengan assignment pula ni? Sebenarnya salah satu subjek untuk part 3 ialah IMD208-Introduction to Web Content and Management. Haa, ini la pendorong saya dan secara tidak langsung untuk menghasilkan sebuah blog peribadi ini. Saya juga berterima kasih kepada semua yang menolong saya untuk menghasilkan blog ini terutamanya lecturer saya dan para sahabat saya. Akhir kata, semua orang ada pendirian dan alasan yang tersendiri untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, hormatilah pandangan atau pendirian seseorang itu. Terima kasih kerana sudi membaca entri yang panjang ni. Jumpa lagi :)
Salam Perkenalan Dari Saya :D
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di dalam post saya yang pertama ni, saya nak mengucapkan selamat datang ke blog saya dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang membantu saya bagi menjayakan blog ini. Dibawah ini ada sedikit butiran tentang saya. Harap semua dapat membantu dan menyokong saya XD
Nama: Muhammad Harif bin Saparin
Umur: 20 tahun (2013)
Tempat Tinggal: Banting, Selangor
Pendidikan: Diploma Penguran Maklumat
Kampus: UiTM Segamat, Johor
Adik Beradik: Ke-3 daripada 4 orang
Status: Single
Hobi: Melihat Keindahan Dunia, Menyanyi, Bermain Gitar dll.
Cita-cita: Usahawan Berjaya
Jika ada sebarang pertanyaan atau pun komen, anda boleh bartanya di Shoutbox di sebelah kanan page ini atau tinggalkan Komen di bawah. Terima kasih kerana sudi berkunjung di page saya ini dan jika sudi, silalah Follow saya :D






